mama,happy mothers day!

SELAMAT HARI IBU
BUAT:
PN.TUAN HASNAH
PN.RUZAIMAH
PN,KAMIZAH
'cik lavender celebrate mama die kat tmpat jauh,kedah! say goodbye untk abng die ( hudzaifah azman )!today pagi2 lagi dia dh bertolak pergi, nun jauh di utara sana.say goodbye juga untk kakak annis.semoga kalian semua success selalu.
cik panda pulak celebrate mak die dkat rmh jer sbb kakak die dkt asrama. terima kasih krana tlah melahirkan cik panda.janji cik panda adalah untuk dapatkan 9A utk pmr.mak cik panda adalah tmpat utk cik panda berkongsi masalah,tmpat meluahkan perasaan dan kawan yang paling dkt dgn cik panda.apapun,kak ngah and kak qin bjanji utk dapatkan 9A and9A1 nanti.I LOVE YOU MAK!
mr bof pun nak ucapkan happy mothers day untuk mak die!
sajak dkat bawah ni nukilan seseorang yg menyayangi ibu mereka dunia dan akhirat. khas buat ibu tercinta(:
IBU TERCINTA
Ibu...,
Kau umpama permata
Yang akan terus bersinar
Menerangi setiap penjuru
diri anak-anakmu
Pengorbananmu ibu
Amat tidak ternilai
Tak terbanding dengan semua kekayaan di dunia ini
Tak terbanding dengan wang ringgit yang menggunung
Ibu....,
Tidak akan kubiarkan
Airmatamu menitis lagi
Cukuplah....
Cukuplah segala kepayahan
Yang kau lalui semasa kau membesarkan aku
Cukuplah derita yang kau tanggung selama ini
Yang memberikan aku kematangan dan pengalaman
Ibu...,
Berehatlah....
Biarlah kujagai mu pula
Biarlah ku pula yang menyuapkan kasih sayang
Biarlah ku pula yang derita
Biarlah ku pula yang menanggung keperitan
Sesungguhnya itulah yang membuatkan ku gembira
Ibu...,
Sementara kau masih ada
Aku tidak mahu melepaskan tanggungjawabku
Tanggungjawab yang akan merapatkan perhubungan kita
Yang merapatkan lagi kasih sayang kita
Sungguh ibu....
Doa ku untuk mu
Kan sentiasa menghiasi bibir anakmu ini.....
Tenangkanlah hati mu....
-buddies-
panda, salam ukhuwah.
p/s-hari guru jgk bakal menjelang, nak bagi hadiah ape pulak kerana ketiga-tiga insan di atas adelah seorang pendidik!