GURU.....
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawanya ada mesranya,
Dalam diam ada bijaksana,
Dalam tangannya kita terbina,
Berbahagialah menjadi guru
harinie hari guru.banyak betul hari dalam bulan MEI yang nak kena sambut nie.dari aku sekolah tadika,masuk sekolah rendah lepas tu melangkah ke sekolah menengah banyak betul guru yang mendidik aku,ini tidak termasuk lagi guru yang mengajar tentang kehidupan.aku ingat lagi guru yang mengajar aku.antaranya, ustazah faizah, ustazah maznen,pn zahariah,teacher rozita, ms marlina,pn roshidah, pn rose afizah,ustazah norhayati, pn nor rizan,uztaz salahudin.ini yg sekola rendah punye.belum masuk lg sekolah menengah-uztazah ainul,uztzah norazian, pn salmiah, pn safura,sir azlan.banyak lg sebenarnya cikgu yg mengajar aku.tapi kalau nak senaraikan semua takut tak muat pulak kan.ya la....cuba anda semua bayangkan cikgu dari sekola tadika sampai sekola menengah...mahunya tak banyak.tapi semua cikgu aku ingat.jgn ingat kalau aku tak tulis bermakna aku lupakan cikgu aku pulak.itu tidak mungkin akan berlaku kerana mereka yang telah mendidik aku sampai jadi macam ni.
dan yang paling penting buat aku ialah guru yang paling aku sayang iaitu-PN HAJAH KAMIZAH BINTI HAJI HASSAN.she is my mother,she is my best teacher,she is my best friend.dialah yang kejut aku bangun pagi(sekarang bangun sendiri tau!)dialah yang ajar aku macam mana nak buat kerja rumah(menyapu,mengemas)aku masih ingat lg dia cakap masa aku menyapu.dia cakap"kalau menyapu rumah setakat 10 minit,tu namanya bukan menyapu".dialah yang ambil aku dari sekolah,dialah yang masak.senang cerita dialah yang buat segala-galanya.pernah sekali tu aku kena marah dengan dia sebab matematik aku dapat 52,masa darjah enam pulak tu,jenuhlah jugak kena basuh dengan dia sampai menitis air mata nie,tp berkat usaha dia,aku dapat 5A dalam UPSR+pelajar terbaik darjah 6.walaupun die mengajar di sekola berlainan namun dia tetap akan menjadi mentor aku dan kakak aku dalam mengenal erti kehidupan,masa nak belajar sains+matematik+sivik.lagi satu nasihat yang dia bagi dekat kakak aku kan.dia cakap"kalau nak belajar dekat overseas,mesti bawak balik dengan dua ijazah sekali.kalau setakat satu jer,tak payah pegi overseas pun boleh dapat".tinggi betul cita2 dia untuk kakak aku and aku.
cikgu sayang!yang nie saje je tulis biodata mereka
pn kamizah
- universiti malaya
- ank 4 orng
- 42 tahun
- guru di smk ideal heights
- science and sivik
pn ruzaimah
- california state university,chico
- ank 4 orng
- 41 tahun
- guru di smk selayang bharu
- english and moral
pn.tuan hasnah
- universiti malaya
- ank 5 orng
- 47 tahun
- guru di smk manjalara
- english kot
apapun selamat hari guru.sajak dekat bawah ni khas untuk semua guru-guru yang pernah mengajar.
GURU OH GURU
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
apapun,selamat hari guru.sesungguhnya guru adalah kerjaya yang paling mulia kerana mereka mendidik kita menjadi seorang manusia yang berguna.
i gtg.nak packing barang nak balik Kuala Kangsar.bestnya,dah lama tak balik kuala.nak makan putu bambu,laksa pak ngah dekat belakang sekolah 2,nak pegi warung kek JAYA,nak makan cendol kat tepi sungai perak.oh...semuanya nak.sempat ke nak pegi semua tempat ni!!!!!hanya ALLAH yang mengetahui.apapun tak sabar nak tunggu hari Isnin.Alamak ada tusyen lar!!!!!!!!
sehingga berjumpa di next entry-cite pasal sambutan hari guru pulak(:
bye,
cik panda,
salam ukhuwah.