DISCLAIMER ♥
السلام عليكم
First :
We have four members in this blog . To avoid confusion , we will write our nicknames under the title of our post .
Second :
We will face a very big exam soon . So we'll be rarely posting a new entry . Hahah . PMR candidate 2010 . Pray for our succes k .
Third :
There's nothing special about us to be told , and kalau nk cakap punn , nanti pnjang sngat , hehe.
PROFILE ♥
TAGBOARD ♥
Help us improve by saying something here .
Thank you ! 
PAST ♥
Wednesday, June 10, 2009 ♥ 12:20 PM
welcome back!!
Asslamualaikum semua,
lama btul x menulis dekat blog ni.yela kiteorg semua kan balik pulang ke kampung halaman masing-masing.aku balik ke terengganu.cik lavender pulak skarang ni ade dekat terengganu.esok baru dia balik.jd sape yang rindu dekat cik lavender tunggu jela,nanti dia tulis semua aktiviti dia dekat blog ni.cerita pasal terengganu,sekarang ni kecoh dengan dengan stadium yang bumbungnya runtuh tu.yela,sebagai anak jati terengganu,yang lahir dekat terengganu,yang sebahagian besar masa kecilnya dihabiskan di negeri terengganu(cewah,walaupun tak berapa fasih cakap terengganu).stadium tu sampai setahun lagi,tp bumbung dia dah runtuh.sakinah cakap teruk sangat sebab dia pegi gong badak tu.aku x pegipun tengok,mak aku cakap x payah tengok pun.
cuti sekolah ni,alamatnya,makan tengah hari dekat kendurila.cuba korang bayangkan dalam satu hari tu,ada lebih dari tiga kenduri kahwin korang kena pergi.muntah gulai kenduri kahwin la alamatnya.dahla dekat setiap kenduri tu lauk wajib diorang gulai daging dengan ayam(xkisahla masak merah ker,kicap ker,tp mesti ada ayam)lepas tu pulak masa nak balik dr kenduri tu,tuan rumah tu bg pulak berkat(berkat ni dalam bahasa jawa).berkat ni macam makanan atau kuih-muih yg dibungkus utk tetamu yang rapat.dalam berkat tu apalagi,lauk kendurila.itu belum masuk lg kenduri aqiqah,kalau aqiqah pulak kurang2 mesti seekor kambing.makanya lauk mkn malam mestila gulai.puah cemuh doh make segala jenih gula nie(bukan gula yang utk maniskan makanan tu tp gulai tau).mak aku cakap cuti sekolah kali nie banyak kenduri sebab masa cuti sekolah bulan lapan nie,dh puasa sebab tu semua org buat masa sekarang nie.kenduri semua ni dekat kampung aku tp aku bukan pegi semuanya pun.
masa dalam perjalanan nak balik kampung tu,aku suruh adik aku yg kecik tu bukak radio hotfm lpas tu,lagu yuna yang berkumandang.terus mak aku tukar radio.mak lagu x best pun.adik aku yg dekat seat belakang dh trgelak-gelak dh bila mak aku cakap macam.lepas tu mak aku tanyala aku suka ke x lagu tu,aku pun jawab xdela suka sangat biasaje.mak aku cakap klu band2 indie ni,mak dgn ayah aku cuma boleh dgr lg estranged dengan bunkface(situasi)tu je,lagu lain mak aku cakap ntah ape-ape.ayah aku cakap macammane la budak skrang ni boleh minat lagu2 macam ni.ini cuma pendapat mak dengan ayah aku jer.sape-sape yang pernah naik kereta dengan family aku mesti tahu mak aku cakap apa klu dengar lagu dkt radio.last sekali ayah terus bukak sinar fm.tp klau naik kereta aku memang selalu berebut radio dengan ayah aku pun.tp klau dia geram sangat dia terus tekan klasik.fm.huaaaha.
lepas ni aku dengan cik lavender cerita apa yg kiteorng buat dekat kampung selain makan dan tidur.sebab tula berat badan bertambah nie.kena puasa sunat nie lepas nie.
p/s-folio sejarah x mula buat lagi nie.macam mane.pastu,ada hati pulak nak keluar pegi kl nie.waduh-waduh,tension aku macam nie.nasib baik folio sivik dah siap nie.dahla berdebar sementara nak tggu bukak sekolah ni.result periksa teruk ke atau macam result masa form 1 dulu.
ada sape-sape dah siap folio sejarah ker? mr bof,where are u?
*keep in touch ya!
rajin-rajinla comment blog kiteorg
sembang sekali dekat chat box kiteorng.
panda,
salam ukhuwah
Click the letter to leave a comment .