DISCLAIMER ♥
السلام عليكم
First :
We have four members in this blog . To avoid confusion , we will write our nicknames under the title of our post .
Second :
We will face a very big exam soon . So we'll be rarely posting a new entry . Hahah . PMR candidate 2010 . Pray for our succes k .
Third :
There's nothing special about us to be told , and kalau nk cakap punn , nanti pnjang sngat , hehe.
PROFILE ♥
TAGBOARD ♥
Help us improve by saying something here .
Thank you ! 
PAST ♥
Wednesday, July 8, 2009 ♥ 6:53 PM
TAKZIAH
Assalamualaikum,
Al-Fatihah,takziah diucapkan kepada keluarga arwah Miss Siti Marlina Bt Zainal.Arwah meninggal pada petang Isnin lalu.sebenarnya miss marlina ni dah kahwin,dah ada dua anak pun tapi sebab dah biasa panggil dia miss masa sebelum dia kahwin,tu yang lekat sampai sekarang ni.arwah meninggalkan seorang suami,seorang anak perempuan dan lelaki.
Arwah meninggal dunia disebabkan sesak nafas.sebenarnya dia dah lama dah ada kanser.rasanya,masa tu dia baru je balik dari overseas.Arwah ni sebenarnya cikgu tusyen bi aku dengan irfan merangkap kawan sekolah mak aku.walaupun dia ni ada kanser tapi dia kuang semangat dan positive orangnya.bila kawan mak aku telefon cakap dia meninggal,aku memang terkejut .lepas berbuka hari isnin tu,aku pun terus call irfan bagitau dia pasal berita ni.
masa mak aku pergi rumah arwah kan,anak sulung arwah tengah tidur tp masa tidur tu air mata meleleh dekat pipi anak perempuan dia.lepas tu, anak dia bangun.korang semua nak tahu x dia buat apa,dia salam setiap tetamu yang datang lepas tu dia cakap "auntie,mami dah takde.mami dah tanam jauh sangat"."auntie ni kawan ibu ker".kata anak perempuan dia yang baru nak masuk tiga tahun bulan sepuluh ni.aku yang dengar ni pun menangis.
aku ingat lagi,arwah pernah cerita,pengalaman masa arwah dekat new zealand,pengalaman masa ribut and hujan ais batu,macam2 dia cerita.dia ni rapat sangat dengan haiwan.dia ada bela monyet tau.masa arwah nak di bawa ke tanah perkuburan,monyet arwah berpaling tengok van tu sampai monyet tu x nampak.apa-apa pun,sekali lagi,aku nak ucapkan takziah kepada keluarga arwah.teacher,may you rest in peace.all of us are praying for you.again,AL-FATIHAH.
p/s-x sangka dah ni entry yang ke 100.
regards,
salam.
Click the letter to leave a comment .