<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4132245587441070649?origin\x3dhttp://justalittletalks.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Photobucket

DISCLAIMER ♥



السلام عليكم

First :
We have four members in this blog . To avoid confusion , we will write our nicknames under the title of our post .

Second :
We will face a very big exam soon . So we'll be rarely posting a new entry . Hahah . PMR candidate 2010 . Pray for our succes k .

Third :
There's nothing special about us to be told , and kalau nk cakap punn , nanti pnjang sngat , hehe.



PROFILE ♥

Click to view our full profile .



For our lovable blog , there are 4 different authors . They are :

Blueberry Cranberry
Raspberry Strawberry





WISHLIST ♥



PMR CANDIDATEs 2010 .
9 As INSYAALLAH .



TAGBOARD ♥

Help us improve by saying something here .
Thank you !






MUSIC ♥


Music can change the world because it can change people.




PAST ♥

February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010




Thursday, November 5, 2009 ♥ 6:10 PM


slumdog millionaire


Filem ni menceritakan tentang kehidupan masyarakat miskin sebenar di India n cerita nih mmng berbeza dengan filem-filem Hindi yang ak penah tengok la,lain sikit. Paling jelas, filem nih x diselangi tarian dan nyanyian, iaitu perencah dan ramuan biasa yg banyak menghidupkan kekuatan dalam filem Hindi sebelum ni.

filem ni dianggap trbaik kerana kekuatan cerita die. Ia mengisahkan perjalanan hidup seorang kanak-kanak lelaki India Muslim; Jamal Malik yang menjalani kehidupan bersama abangnya sejak kematian ibu yang diserang kumpulan penganut Hindu.

“You don’t have to be a genius,” kata Jamal kepada polis yang menahannya. Beliau disyaki menipu dalam program tv termasyhur di India itu. Memang benar la kata Jamal.

Beliau sebenarnya bukannya pintar pun dan hal ini dibuktikan pada akhir cerita di mana beliau sendiri tidak tahu jawapan mengenai nama wira dalam The Three Musketeers, walaupun novel itu adalah antara yang dibacanya sejak zaman kanak-kanak.

Apa yang menyebabkan Jamal Malik mampu menjawab hampir keseluruhan soalan dalam kuiz Who Wants To Be A Millionaire itu?

Keperitan hidup
Sebenarnya, Jamal mengharungi segala keperitan hidup pada zaman kanak-kanaknya. Untungnya, pada setiap jalur kehidupan yang gelap itu, ternyata ada sahaja yang ada kaitan dengan pertanyaan hos rancangan tv tersebut.

“Di atas kertas wang Amerika $100, wajah siapakah yang tertera di atasnya?” tanya hos program itu.

Jamal termenung dan di ruang matanya, dia teringat zaman kecilnya ketika hidup menipu para pelancong di Taj Mahal. Bersama abangnya Salim, mereka mendapat upah yang banyak.

Di situlah Jamal mengenal mata wang Amerika. Dan, dia mengetahui wajah siapakah yang tertera di atas wang not $100 dollar Amerika itu ketika diberitahu rakannya yang telah dibutakan matanya oleh kumpulan penjahat.

“Benjamin Franklin,” jawab Jamal tanpa ragu-ragu. Bukan itu sahaja. Ada banyak lagi kisah gelap dan cerita suram lagi kelam yang akhirnya gumpalan pengalaman itulah yang telah membantunya menjawab setiap pertanyaan yang sukar dalam kuiz tersebut.

Mungkin sudah terbiasa dengan penipuan dan hidup mengenal penipuan ini menyebabkan Jamal dapat mengelak daripada ditipu pengacara program itu yang cuba menjebaknya dalam tandas. Ketika rancangan itu berhenti seketika untuk memberikan laluan kepada iklan, sang pengacara memberi jawapan salah di cermin tandas.

Jamal dapat menghidu niat pengacara itu yang mahu beliau kalah dan mahu menggagalkan harapannya memenangi 20 juta rupee itu. Melalui talian hayat, dengan penuh bijak, akhirnya Jamal dapat membebaskan dirinya daripada perangkap pengacara yang memberi beliau jawapan yang salah ketika mereka sempat berbual di tandas sebelum itu.

Kejadian itulah yang menyebabkan pengacara menganggapnya telah menipu. Program itu ditunda pada keesokan hari kerana soalan-soalan belum dapat dijawab semuanya. Dalam perjalanan pulang itulah Jamal diperangkap pengacara dengan meminta polis menyiasatnya di balai polis.

Dalam proses siasatan, dan setelah diseksa dan dipukul dengan teruknya oleh pihak polis, Jamal akhirnya menceritakan satu persatu kisah bagaimana beliau pada akhirnya berjaya menjawab setiap persoalan tadi.

Pengalaman Jamal adalah kritik sosial ke atas masyarakatnya
Satu persatu riwayat hidupnya dikisahkan semula kepada pihak polis. Boleh dikatakan semua kisahnya telah menyebabkan pihak polis sendiri terpaksa akur dengan masalah negara mereka sendiri. Misalnya polis tidak dapat menyelesaikan masalah pergaduhan antara penganut Hindu dan Islam di India.

Jamal dan abangnya Salim setelah menjadi yatim piatu akhirnya diperalatkan sekumpulan lintah darat yang memperalatkan anak-anak yatim untuk dijadikan pelacur, hamba seks, peminta sedekah serta ahli kumpulan samseng yang baru direkrut.

Ketiadaan sokongan sesama masyarakat ke atas anak-anak yatim di India menyebabkan beberapa kumpulan yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan menggunakan anak-anak yatim ini sebagai kumpulan jahat ketika mereka dewasa kelak. Inilah sebabnya kenapa ajaran agama menggalakkan pembelaan ke atas anak-anak yatim ini.

nah,tengok la trailer die,best,ak suke! sedih uu citer nih.



by cranberry



Message Me

Click the letter to leave a comment .