Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.
Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.
Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.
Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.
Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.
Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.
hah,lama betul tak menulis,bila menulis tiba-tiba pulak letak lagu tanya sama pokok dari filem Anakku Sazali kat atas.apa sebenarnya motif aku? hah korang yg baca tolongla teka kan ya!mungkin ada sebab-sebab tertentu,kalau korang tahu,sambungla ye lagu ni.kepada adil,aku sangatla sibuk,sebab tu la takde masa nak update.ini pun curi-curi masa tau! banyak benda nak buat.next entry nanti aku cerita!
p/s-aku teramat-amat la suka dengan lagu ni.teringat masa zaman kecik-kecik dulu.ada motif aku buat entry ni.aku tahu semua yg baca blog ni bijak-bijak,jadi cubalah teka.klu dapat teka,kuncilah jawapan sejurus selepas anda baca atau nyanyikan lagu ni.lagu ni mempunyai lirik yang sangat ,mendalam